Monday 31 October 2011

SuburKan Jiwa DenGan SiFaT PeMaaF

Jangan jadikan ia sebagai penyebab hati kita makin kotor kerana dendam tidak mahu meminta dan memberi maaf.Siapa tahu kerana kerendahan hati itu dengan mmemohon maaf, ianya boleh jadi salah satu usaha dakwah kepada orang lain.
Orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi maaf kepada orang yang berbuat salah kepadanya adalah orang yang hebat.
Mengapa?
Hal ini kerana tidak ramai yang sanggup menundukkan perasaan ego dan sombong untuk berbuat demikian.
Walaupun pada pandangan manusia, orang yang pemaaf ini tiada apa-apa keistimewaannya, tetapi lama-kelamaan insan pemaaf akan dipandang tinggi oleh manusia.
contoh jelas ditunjukkan sendiri oleh junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepada baginda.
Sikap pemaaf ini hanya dimiliki oleh jiwa yang bersih dan suci.Orang yang pemaaf mempunyai hati yang kaya, kerana ia tidak ambil hati terhadap kata-kata dan perbuatan orang lain kepadanya. Lantaran kekayaan jiwa yang memenuhi hatinya, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak memberi kesan kepada hatinya. Yang penting bagi insan pemaaf ini ialah sifat berkasih sayang sesama manusia.
Darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat tinggi di sisi Allah S.W.T.Dalam kerendahan hati ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini lebih indah jika ada sifat bermaafan antara kita.
Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf?

Tidak perlu hendak menang setiap masa.
Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.
Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.
Berdoa supaya disabarkan hati.
Bersangka baik.
Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita.

wallahu’alam

No comments:

Post a Comment

BeRDaKWaH Di JaLaN ALLAH