Monday 12 November 2012

AmaL MalamBanGkaN PerBuaTaN.

Salam Ukhwah!! Lama da tak update blog.. alhamdulillah.. masih berkesempatan untuk mengupdate blog pada hari ni... Pada akhir2 ni.. mcm2 topik hangat Naisha dengar dikalangan sahabat2 Naisha dari segi persahabatan, hubungan kekeluargaan, Agama, politik, haishh.. mcm2 la.. itula yg kita kena hadapi sepanjang hidup kita dengan sabar.. Kita pasti diuji.. :)


 Harini Naisha bukan nak ckp pasal tu.. Tapi Naisha ingin kongsikan sedikit tentang Solat dan tingkah laku.. :) "Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum)" Adakah dalam solat kita mendapat kekhusyukan yg terbaik?? humm.. Solat adalah Wajib bagi kita umat Islam.. Naisha Selalu dengar "Solat menghindarkan diri daripada perkara-perkara maksiat/mazmumah" tp masih byk kita lihat dikalangan kita.. solat tetapi tidak menutup aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.. kenapa?? "tepuk dada tanya iman"


 Tapi ingt, kita tidak boleh menghina mereka, boleh jadi mereka sedang "menaiki tangga" untuk memperbaiki iman dan amal.. jika ada yang salah, kita menasihati mereka dgn cara yang baik... "Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim)."


 Berbalik pada kekhusyukan dalam solat dan tingkah laku Apabila solat kita sempurna,menunaikan ibadat kerana Allah.. pasti kita menjadi tenang.. setiap apa yang kita lakukan disenangi oleh masyarakat. kita juga akan terhindar dari segala perbuatan maksiat.. kerana apa.. SOLAT itu adalah doa.. doa kepada diri kita dan kaum muslimin n muslimat, supaya dipelihara iman, sentiasa melakukan amal kebaikan, menjaga anggota badan, menjaga tingkah laku, dan sebgainya sifat mahmudah..

 Perasan atau tidak.. dalam kegembiraan, ketenangan dalam menuju kebaikan, kita telah terleka ( solat laju, terkejar, tidak berdoa, ) .. lalu kembali menampakkan sifat mazmumah di dalam diri, tidak disenangi masyarakat, ditimpa sdkit masalah "mengeluh", sudah rasa tidak bersyukur.. percakapan mula laju "tren Maglev" xfikir kan hati org lain.. hurm... kenapa yer?? adakah kita akan sedar akan perubahan pada perbuatan n diri kita??

jawapanya sudah tentu!! kita pasti perasan.. cuma ingin muhasabah nya kembali atau pun tidak sahaja.. Jika mempunyai sahabat karib yang sering mengingatkan diri kita,, Alhamdulillah.. terima lah teguran dgn sebaiknya.. Muhasabbah lah diri kembali.. Kembalilah kepada yg sblmnya..

 RUGI~~ jika abaikan dan biarkan kebaikan ditinggalkan jauh jutaan KM.... Solat lah dengan kekhusyukan yang sempurna, jgn nak cepat jer.. berzikir, berdoa bersungguh2.. supaya Segala Amal yang kita lakukan itu berterusan dan bertambah baik hinggan akhir hayat... Tiada siapa yang boleh mengubahkan diri kita, melainkan dengan usaha diri kita sendiri.. Ingatlah, Allah sentiasa bersama kita.. Sentiasa Memohon ampun kepada Allah, dan Yakinlah Allah akan mengampunkan segala dosa kita.. Bersungguh2lah mencari redha dan berkat Ilahi.. :)

 ~~akhir sudah apa yang naisha nak kongsikan.. perbuatan kita melambangkan Amal kita.. jadi.. sentiasa muhasabah diri.. kerana "tiada siapa pun sempurna, tp kita perlu berusaha mnjadi sempurna" Jaga diri, jaga iman, teguhkan peribadi, Ingat Allah... dan Berdakwah lah dijalan Allah... Jika ada kesalahan pada post, terlebih dahulu naisha memohon ampun n maaf, tegurla dgn sebaiknya.. i'allah Naisha terima :) syukran.. Wslm..

Tuesday 13 December 2011

SeNaNDuNG UkHWaH

Diawal kita bersua
Mencuba untuk saling memahami
Keping-keping dihati
terajui dengan indah
Rasakan persaudaraan kita

Dan masa pun silih berganti
Ukhwah dan amanah tertunaikan
Berpeluh suka dan duka
kita jalani semua
semata mata harapkan ridhaNYA

Sahabat tibalah masanya
Bersua pasti ada berpisah
Bila nanti kita jauh berpisah
Jadikan rabitah pengikatnya
jadikan doa ekspresi rindu
Semoga kita bersua disyurga

Naisha....

BeRDaKWaH Di JaLaN ALLAH